SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Khamis, 15 Disember 2011

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KG. RASAK DARAT, TANDEK, KOTA MARUDU

KERATAN AKHBAR HARIAN EKSPRES 16-12-2011

KERATAN AKHBAR HARIAN EKSPRES 16-12-2011

KERATAN AKHBAR HARIAN EKSPRES 16-12-2011
Program Ziarah Kasih Perkemas Sabah Ke Kampung Rasak Darat, Kota Marudu dalam Kawasan DUN Tandek untuk meninjau permasalahan para penduduk setempat. Rombongan Perkemas Sabah diketuai Presiden, Drs Md Marsidi Katong dengan disertai Saliman Sipulin, Tim. Presiden 2 , Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Setiausaha Eksekutif  dan Jawatankuasa Pusat. Rombongan diiringi oleh KK Jaidul Entoron (Ketua Kampung) dan En. Laguwin Engat.
Tinjauan Perkemas Sabah di serata Kampung Rasak Darat mendapati keadaan Kampung masih jauh ketinggalan berbanding kampung-kampung sekitar. Prasana/kemudahan asas masih kurang meliputi jalan kampung yang tidak berturap sejauh 3.7 KM, ianya bertukar menjadi laluan berlumpur apabila musim hujan.  Pemasangan paip air Cuma 1 Km tetapi tidak ada bekalan air.
Menurut KK Jaidul Bin Entoron, Kampung didiami kira-kira 712 orang  dan majoriti penduduknya merupakan petani. Kesukaran mendapatkan bekalan air menyebabkan tanah sawah kering kontang. Keadaan bertambah buruk lagi kerana 70% penduduk kampung tidak dapat menikmati bekalan elektrik kerana ketiadaan bekalan. Menurut beliau sejak tahun 70an Kampung Rasak Darat telah disenarai untuk diberikan bekalan elektrik tetapi tiada pelaksanaan sehingga kini.
Pengagihan bantuan untuk masyarakat kampung amat kecil seperti berikut ; Ekasih hanya 4 orang yang layak, warga emas 14 orang, Ibu tunggal 12 Orang, Oku 1 Orang, Rumah PPRT  5 Buah dan Laptop 1Msia 1 buah.Menurut En. Laguwin Engkat, 80% penduduk kampung tergolong dalam miskin dan miskin tegar tetapi pihak berwajib hanya menjanjikan tanpa bersungguh-sungguh melaksana pembangunan di kampung.Kampung Rasak Darat juga tidak memiliki dewan serbaguna manakala rumah ibadat berada dalam keadaan uzur dan perlu diperbaiki. KK Jaidul Entoron menjelaskan berdasarkan keterangan dari JKKK Kampung, permohonan untuk keperluan asas kampung telah di hantar kepada wakil-wakil rakyat setempat tetapi tiada kelulusan sehingga kini. Sehubungan dengan itu para penduduk kampung berharap agar akan ada tindakan segera pihak berwajib untuk membantu dan merubah keadaan semasa kerana bimbang kesannya kelak semasa pilihanraya umum akan datang. Para penduduk Kampung berharap agar permohonan tanah perkampung seluas 30 ekar dan tanah ternakan 60 ekar dapat diluluskan untuk diwartakan.Pada lawatan berkenaan, Perkemas Sabah telah memberi bantuan untuk menyiapkan rumah En. Jaimon Bin Ingkat berupa, zink, papan lapis, Cat, paku dan peralatan lain.

Drs. Md Marsidi Katong (kiri)menyampaikan bantuan zink kepada Jaimon Ingkat.


Drs Md Marsidi bersama Ketua Kg. Rasak Darat,Tandek, Kota Marudu.

Sumbangan Papan Lapis kepada Pemilik rumah.
Ketua Kg Rasak Darat menjelaskan permasalahan Kg Rasak Kepada Presiden Perkemas Sabah, Drs. Md Marsidi Katong.(Kanan)

Drs Md. Marsidi Katong(dua dari kiri) menyampaikan Cat kepada Jaimon Ingkat.Turut kelihatan, Jafrid Nassif, Ketua Penerangan ((kiri) dan Timbalan Presiden,Saliman Sipulin (3 dari kiri).
Presiden Perkemas sabah, Drs Md Marsidi Katong mendengar luahan Penduduk Kampung.



Sabtu, 12 November 2011

PERKEMAS SABAH AKAN RANCAKKAN PROGRAM ZIARAH KASIH DISELURUH NEGERI SABAH.

Drs. Md Marsidi Bin Katong,                                                                                                     
PERKEMAS SABAH akan rancakkan Program Ziarah Kasihnya bermula pertengahan  November ini, Demikian kata Presiden PERKEMAS SABAH, Drs Md. Marsidi Bin Katong baru baru ini. Program tersebut diadakan  adalah sebagai Program  susulan keatas Program-program yang terdahulu, selepas mengenalpasti berbagai permasalahan Masyarakat di Seluruh Negeri Sabah. Selain Majlis Penerangan PERKEMAS SABAH  dan Sumbangan ikhlas kepada orang orang yang Miskin, PERKEMAS SABAH  juga akan menubuhkan Cawangannya  disetiap Kawasan DUN seterusnya mendaftarkan Ahli-ahlinya yang baharu untuk diselaraskan dalam Pangkalan Data PERKEMAS SABAH supaya segala permasalahan Ahlinya dapat direkodkan secara terperinci dan dapat diambil tindakan dengan secapat yang mungkin, demikian katanya.Tambahnya lagi, Sebagai sebuah Badan NGO yang memfokuskan terhadap kebajikan ahli-ahlinya serta Masyarakat berbagai Program telah dirancang khasnya program untuk mentransformasikan Ekonomi ahli-ahlinya.Drs Md Marsidi menyeru kepada semua AJK, Pusat, Penyelaras Kawasan Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan DUN supaya mengenalpasti kawasan-kawasan atau Kampung-kampung yang selalu dilanda bencana agar direkodkan untuk perhatian dan untuk  tindakan pada masa yang akan datang.

Khamis, 27 Oktober 2011

DRS. MD. MARSIDI KATONG, PRESIDEN PERKEMAS SABAH BERI SUMBANGAN KEPADA 20 ORANG KETUA KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KG KUNAK JAYA, KUNAK.

Drs Md Marsidi Bin Katong, Presiden Perkemas Sabah, kelihatan sedang memberikan ucapan dan kata kata motivasi kepada mangsa yang terlibat dalam majlis tersebut, Turut kelihatan dari kiri, KK Yusuf Bin Masuari, Ketua Kampung, Kg Kunak Jaya dan Encik Mohamad Bin Sian, Pengerusi JKKK Kg Kunak Jaya. (tengah).






Sebahagian daripada 20 orang Mangsa kebakaran yang telah menrima sumbangan daripada Drs. Md Marsidi Bin Katong (Kanan)

Drs. Md. Marsidi Katong (tiga dari kiri) sedang mendengar penjelasan daripada wakil Mangsa kebakaran di Kg. Kunak Jaya , Kunak.
Kelihatan Drs. Md Marsidi Bin Katong (empat dari kanan) bergambar dilokasi Kebakaran Di Kg Kunak Jaya, Kunak.


Drs Md. Marsidi Bin Katong melihat Lokasi Kebakaran.


Presiden PERKEMAS SABAH, Drs. Md Marsidi Bin Katong, telah mengadakan lawatan mengejut ke Kg. Kunak Jaya,Kunak untuk melihat sendiri bencana kebakaran yang telah memusnahkan 20 buah rumah  baru baru ini. Menurut Drs Md Marsidi, Perkemas Sabah cuba membantu meringankan beban mereka dengan memberikan  sumbangan keperluan asas dan wang tunai. Seramai 20 Orang  Ketua Keluarga Mangsa Kebakaran yang terlibat telah hadir diMajlis Penyerahan sumbangan yang telah diadakan diKediaman  Ketua Kampung Kunak Jaya, KK Yusuf Bin Masuari. Turut hadir di Majlis tersebut ialah Pengerusi JKKK Kg Kunak Jaya, Encik  Mohamad Bin Sian.



Ahad, 9 Oktober 2011

KOPERASI PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SABAH,KOTA KINABALU, BERHAD DITUBUH.

KERATAN AKHBAR NEW SABAH TIMES 8 OKTOBER 2011
JAFRIN NASSIF



Koperasi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah Berhad telah ditubuhkan pada 4hb oktober 2011, Demikian dinyatakan oleh oleh Encik Jafrin Nasiff yg bertindak selaku Setiausaha Koperasi Pertubuhan tersebut. Pada Mesyuarat Agung Permulaan ,  mereka telah meluluskan undang-undang kecil Koperasi serta serta memilih 12 Orang Ahli lembaga Pengarah Koperasi. Menurutnya lagi, Mesyuarat Agung Permulaan tersebut telah dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi malaysia Cawangan Sabah, Puan Sairah Basrin, Beliau juga telah memberikan beberapa penerangan mengenai Pengurusan Koperasi serta peraturan Koperasi yang sepatutnya dipatuhi.

Sebanyak 12 orang  Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi itu telah diplih , antaranya ialah Presiden Perkemas Sabah , Drs marsidi Katong, En. Laliman Ahmad, Norsima Simon, Puan Rojilin Kandatong, Peter Chin, Saliman Sipulin, Romeo Sindeh,Matlin Hj Sitam,Shui Pin Chung,, Benny Chua, Jafrin Nassif dan Aksyah Nasrah.

Untuk menentukan Pengerusi Koperasi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah, Ahli Lembaga yg terpilih akan mengadakan Mesyuarat Lembaga dalam masa yg tertdekat..

Ahad, 2 Oktober 2011

MESYUARAT AGUNG KOPERASI PERKEMAS SABAH DIADAKAN.

Maisanudin Muin
Koperasi Perkemas Sabah akan mengadakan Mesyuarat Agungnya yang pertama pada 4hb Oktober 2011, Bermula jam 9:00 Pagi, Bertempat di Hotel Ujana Tang Dysnasty, Kota Kinabalu. Demikian menurut Setiausaha Agung PERKEMAS SABAH, Encik Maisanudin Muin baru baru ini. Tambahnya lagi mesyuarat Agung ini akan turut dihadiri oleh Pegawai daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah. Munurut Maisanudin lagi, Koperasi ini diwujudkan adalah sebagai  satu mekanisma PERKEMAS SABAH untuk memberi peluang kepada Ahli-ahlinya supaya dapat melibatkan diri serta mentransformasikan ekonomi mereka yang diperuntukan dalam undang kecil Suruhanjaya Koperasi Malaysia.Antara Agenda Mesyuarat Agung tersebut adalah untuk membentuk Susunan Ahli Lembaga Pengarah koperasi dan meluluskan beberapa artikel undang-undang kecil yang perlu dibahas."Harapan kita, semoga dengan tertubuhnya  lagi satu Organisasi ini, semoga semua Ahli Lembaga Pengarah yang terpilih dapatlah memikul tanggujwb yang telah diamanahkan kepada mereka untuk menuju ke destinasi yang lebih mencabar demi kemajuan bersama" Demikian katanya.

Isnin, 18 Julai 2011

PROGRAM ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH DI KG KUNAK JAYA, KUNAK.

YB  Datuk Nilwan Kabang, ADUN N. 51 Kunak berucap dan merasmikan Majlis tersebut.,

Kelihatan Presiden PERKEMAS SABAH, Drs Md Marsidi Katong sedang memberikan ucapan alu-aluan pada Majlis Ziarah Kasih Perkemas Sabah di Dewan Kg. Kunak Jaya Kunak.

YB Datuk Nilwan Kabang ADUN N51   Kunak.
Pegawai Kanan PDRM Kunak, Encik Mathias menerima Sijil Penghargaan daripada Presiden PERKEMA SABAH, Drs Md. Marsidi Katong (Kanan)  sempena Program Ziarah Kasih PERKEMAS SABAH, Di Kg Kunak Jaya, Kunak.
Pegawai Rela Daerah menerima Sijil penghargaan daripada Drs MD Marsidi  Katong, Presiden  PERKEMAS SABAH (Kanan)
Dari kiri, Drs Md. Marsidi Katong menyerahkan Sijil penghargaan kepada Puan Masniah Djaman wakil RTM Tawau.




Selasa, 21 Jun 2011

PERKEMAS SABAH BERI SUMBANGAN KEPADA IBU2 TUNGGAL DAN OKU DI LUYANG , KOTA KINABALU.

YB. Datuk Dr Yee Moh Chai, berucapa dan setrusnya merasmikan Majlis tersebut.
Ybhg. Drs Md Marsidi Katong, Presiden,  PERKEMAS SABAH memberikan ucapan pada Majlis tersebut.
Drs Md Marsidi Katong disambut oleh tarian singah sejurus tiba di Majlis tersebut.


Keratan akhbar See Hua Daily News, Kelihatan dua dari kanan, Drs Md Marsidi Katong, Presiden Perkemas Sabah sedang menyerahkan sumbangan Kerusi Roda kepada wakil OKU di Majlis Anjuran Persatuan Penduduk Jalan Shantung, Luyang, Kota Kinabalu baru baru ini. Turut kelihatan, YB Datuk Dr Yee Moh Chai, Menteri Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Sabah Merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Keratan Akhbar, See Hua Daily News, Kelihatan (Duduk kanan) Drs Md Marsidi Katong bersama AJK Pemuda Persatuan Penduduk Jalan Shantung, Turut kelihatan, Duduk empat dari kanan, YB Datuk, Dr Yee Moh Chai, Menteri Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Sabah Merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Keratan Akhbar See Hua Daily News

Keratan Akhbar See Hua Daily News


Dari Kiri, Drs Marsidi Bin Katong, Presiden perkemas Sabah bersama Chin Tek Min, Pemimpin Kemajuan Rakyat Luyang.