|
Kelihatan salah seorang penduduk Kampung Tambing, Benoni menunjukkan tempat bermulanya kebakaran tersebut sambil diperhatikan oleh Presiden PERKEMAS SABAH, Drs Md Marsidi Katong. |
|
Drs Md Marsidi Katong sedang memberikan taklimat ringkas berkenaan PERKEMAS SABAH kepada para mangsa terlibat sambil diperhatikan oleh Penolong Setiausaha Agung PERKEMAS SABAH, En. Abdul Razaq Hj.Basir (Tengah). |
|
Kelihatan salah seorang mangsa kebakaran menceritakan detik-detik berlakunya kebakaran tersebut kepada Rombongan PREKEMAS SABAH. |
|
Kelihatan Drs Md Marsidi Katong, Presiden PERKEMAS SABAH bersama para mangsa terlibat meninjau kawasan tapak rumah yang musnah terbakar dan Surau Kampung Tambing, Benoni. |
|
Drs Md Marsidi Katong menyampaikan sumbangan kepada Mangsa Awang Sulaiman Awang Besar. |
|
Kelihatan Drs Md Marsidi Katong sedang menyampaikan sumbangan sambil memberi kata-kata perangsang kepada mangsa kebakaran tersebut. |
|
Kelihatan En.Bahar Haji Hassan (bertopi merah) sedang menerima sumbangan dari PERKEMAS SABAH yang disampaikan oleh Drs Md Marsidi Katong. |
14 Januari 2012. Perkemas Sabah menziarahi mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kampung Tambing, Benoni, Papar diketuai oleh Presiden Perkemas Sabah, Drs Md Marsidi Katong. Ketibaan Rombongan Perkemas Sabah kira-kira jam 12 tengahari itu disambut oleh Para Penduduk setempat yang turut hadir untuk membersihkan tapak rumah yang terbakar baru-baru ini. Mangsa yang terlibat ialah En. Awang Sulaiman Awang Salleh dan En. Bahar Haji Hassan. Kebakaran turut memusnahkan sebuah Surau di Kampung tersebut. Kejadian dipercayai berpunca dari litar pintas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi mangsa-mangsa yang terlibat tinggal sehelai sepinggang kerana kebakaran yang berlaku pada waktu hampir subuh itu merebak terlalu pantas menyebabkan mereka gagal menyelamatkan harta benda. Menurut mangsa, Wakil Rakyat di kawasan tersebut turut melawat mereka dan telah meluluskan pembinaan Rumah PPRT untuk mereka. Pada Lawatan berkenaan, Perkemas Sabah telah menyumbang berupa barang keperluan asas dan wang untuk meringankan beban mangsa yang terlibat. Sumbangan disampaikan oleh Drs Md Marsidi Katong selaku Presiden Perkemas Sabah. Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Setiausaha Agung, En. Maisanudin A. Muin, Penolong Setiausaha Agung, En. Abdul Razaq Hj. Basir dan Setiausaha Eksekutif, En. Naza Mangallis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan