SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Ahad, 2 Oktober 2011

MESYUARAT AGUNG KOPERASI PERKEMAS SABAH DIADAKAN.

Maisanudin Muin
Koperasi Perkemas Sabah akan mengadakan Mesyuarat Agungnya yang pertama pada 4hb Oktober 2011, Bermula jam 9:00 Pagi, Bertempat di Hotel Ujana Tang Dysnasty, Kota Kinabalu. Demikian menurut Setiausaha Agung PERKEMAS SABAH, Encik Maisanudin Muin baru baru ini. Tambahnya lagi mesyuarat Agung ini akan turut dihadiri oleh Pegawai daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah. Munurut Maisanudin lagi, Koperasi ini diwujudkan adalah sebagai  satu mekanisma PERKEMAS SABAH untuk memberi peluang kepada Ahli-ahlinya supaya dapat melibatkan diri serta mentransformasikan ekonomi mereka yang diperuntukan dalam undang kecil Suruhanjaya Koperasi Malaysia.Antara Agenda Mesyuarat Agung tersebut adalah untuk membentuk Susunan Ahli Lembaga Pengarah koperasi dan meluluskan beberapa artikel undang-undang kecil yang perlu dibahas."Harapan kita, semoga dengan tertubuhnya  lagi satu Organisasi ini, semoga semua Ahli Lembaga Pengarah yang terpilih dapatlah memikul tanggujwb yang telah diamanahkan kepada mereka untuk menuju ke destinasi yang lebih mencabar demi kemajuan bersama" Demikian katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan