SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Ahad, 9 Oktober 2011

KOPERASI PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SABAH,KOTA KINABALU, BERHAD DITUBUH.

KERATAN AKHBAR NEW SABAH TIMES 8 OKTOBER 2011
JAFRIN NASSIF



Koperasi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah Berhad telah ditubuhkan pada 4hb oktober 2011, Demikian dinyatakan oleh oleh Encik Jafrin Nasiff yg bertindak selaku Setiausaha Koperasi Pertubuhan tersebut. Pada Mesyuarat Agung Permulaan ,  mereka telah meluluskan undang-undang kecil Koperasi serta serta memilih 12 Orang Ahli lembaga Pengarah Koperasi. Menurutnya lagi, Mesyuarat Agung Permulaan tersebut telah dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi malaysia Cawangan Sabah, Puan Sairah Basrin, Beliau juga telah memberikan beberapa penerangan mengenai Pengurusan Koperasi serta peraturan Koperasi yang sepatutnya dipatuhi.

Sebanyak 12 orang  Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi itu telah diplih , antaranya ialah Presiden Perkemas Sabah , Drs marsidi Katong, En. Laliman Ahmad, Norsima Simon, Puan Rojilin Kandatong, Peter Chin, Saliman Sipulin, Romeo Sindeh,Matlin Hj Sitam,Shui Pin Chung,, Benny Chua, Jafrin Nassif dan Aksyah Nasrah.

Untuk menentukan Pengerusi Koperasi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah, Ahli Lembaga yg terpilih akan mengadakan Mesyuarat Lembaga dalam masa yg tertdekat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan