SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Khamis, 15 Disember 2011

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KG. RASAK DARAT, TANDEK, KOTA MARUDU

KERATAN AKHBAR HARIAN EKSPRES 16-12-2011

KERATAN AKHBAR HARIAN EKSPRES 16-12-2011

KERATAN AKHBAR HARIAN EKSPRES 16-12-2011
Program Ziarah Kasih Perkemas Sabah Ke Kampung Rasak Darat, Kota Marudu dalam Kawasan DUN Tandek untuk meninjau permasalahan para penduduk setempat. Rombongan Perkemas Sabah diketuai Presiden, Drs Md Marsidi Katong dengan disertai Saliman Sipulin, Tim. Presiden 2 , Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Setiausaha Eksekutif  dan Jawatankuasa Pusat. Rombongan diiringi oleh KK Jaidul Entoron (Ketua Kampung) dan En. Laguwin Engat.
Tinjauan Perkemas Sabah di serata Kampung Rasak Darat mendapati keadaan Kampung masih jauh ketinggalan berbanding kampung-kampung sekitar. Prasana/kemudahan asas masih kurang meliputi jalan kampung yang tidak berturap sejauh 3.7 KM, ianya bertukar menjadi laluan berlumpur apabila musim hujan.  Pemasangan paip air Cuma 1 Km tetapi tidak ada bekalan air.
Menurut KK Jaidul Bin Entoron, Kampung didiami kira-kira 712 orang  dan majoriti penduduknya merupakan petani. Kesukaran mendapatkan bekalan air menyebabkan tanah sawah kering kontang. Keadaan bertambah buruk lagi kerana 70% penduduk kampung tidak dapat menikmati bekalan elektrik kerana ketiadaan bekalan. Menurut beliau sejak tahun 70an Kampung Rasak Darat telah disenarai untuk diberikan bekalan elektrik tetapi tiada pelaksanaan sehingga kini.
Pengagihan bantuan untuk masyarakat kampung amat kecil seperti berikut ; Ekasih hanya 4 orang yang layak, warga emas 14 orang, Ibu tunggal 12 Orang, Oku 1 Orang, Rumah PPRT  5 Buah dan Laptop 1Msia 1 buah.Menurut En. Laguwin Engkat, 80% penduduk kampung tergolong dalam miskin dan miskin tegar tetapi pihak berwajib hanya menjanjikan tanpa bersungguh-sungguh melaksana pembangunan di kampung.Kampung Rasak Darat juga tidak memiliki dewan serbaguna manakala rumah ibadat berada dalam keadaan uzur dan perlu diperbaiki. KK Jaidul Entoron menjelaskan berdasarkan keterangan dari JKKK Kampung, permohonan untuk keperluan asas kampung telah di hantar kepada wakil-wakil rakyat setempat tetapi tiada kelulusan sehingga kini. Sehubungan dengan itu para penduduk kampung berharap agar akan ada tindakan segera pihak berwajib untuk membantu dan merubah keadaan semasa kerana bimbang kesannya kelak semasa pilihanraya umum akan datang. Para penduduk Kampung berharap agar permohonan tanah perkampung seluas 30 ekar dan tanah ternakan 60 ekar dapat diluluskan untuk diwartakan.Pada lawatan berkenaan, Perkemas Sabah telah memberi bantuan untuk menyiapkan rumah En. Jaimon Bin Ingkat berupa, zink, papan lapis, Cat, paku dan peralatan lain.

Drs. Md Marsidi Katong (kiri)menyampaikan bantuan zink kepada Jaimon Ingkat.


Drs Md Marsidi bersama Ketua Kg. Rasak Darat,Tandek, Kota Marudu.

Sumbangan Papan Lapis kepada Pemilik rumah.
Ketua Kg Rasak Darat menjelaskan permasalahan Kg Rasak Kepada Presiden Perkemas Sabah, Drs. Md Marsidi Katong.(Kanan)

Drs Md. Marsidi Katong(dua dari kiri) menyampaikan Cat kepada Jaimon Ingkat.Turut kelihatan, Jafrid Nassif, Ketua Penerangan ((kiri) dan Timbalan Presiden,Saliman Sipulin (3 dari kiri).
Presiden Perkemas sabah, Drs Md Marsidi Katong mendengar luahan Penduduk Kampung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan