SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Sabtu, 14 Januari 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KG SUDOT, TUARAN.

Kelihatan Drs Md Marsidi Katong dan Mangsa Kebakaran En. Mohd Farizi Manja dan En.Saliman Sipulin  dan Pengerusi JKKK Kg.Sudot, En. Siasanih Hj. Mahali sedang meninjau tapak rumah yang terbakar.

En. Siasanih Hj. Mahali sedang menceritakan kronologi kejadian kepada Drs Md Marsidi Katong dan rombongan. Turut kelihatan En.Mohd Farizi Manja (berseluar pendek putih).

Presiden PERKEMAS SABAH Drs Md Marsidi Katong sedang bertanya kepada En.Mohd Farizi Manja berkenaan punca kebakaran dan bantuan dari pihak berwajib.

14 Januari 2012. Presiden PERKEMAS SABAH, Drs Md. Marsidi Katong telah mengetuai Rombongan PERKEMAS SABAH untuk menziarahi Mangsa kebakaran rumah, En.Mohd Farizi Manja di Kg. Sudot, Tuaran. Ketibaan Rombongan PERKEMAS SABAH kira-kira jam 10 pagi telah disambut oleh En. Mohd Farizi dan En. Siasanih Bin Mahali, Pengerusi JKKK Kampung Sudot. Kebakaran yang berlaku baru-baru ini memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan. Mangsa juga gagal menyelamatkan sebarang harta benda kerana api merebak terlalu cepat yang turut memusnahkan alat dan bahan perubatan isteri mangsa. Menurut mangsa, beliau telah menemui Wakil Rakyat Kawasan berkenaan iaitu YB Datuk Mohd Hajiji Haji Mohd Noor dan Wakil Rakyat tersebut telah berjanji untuk memberikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada mangsa. PERKEMAS SABAH, berharap agar bantuan dapat disalurkan pada kadar yang segera bagi membolehkan mangsa mendirikan semula rumah kediamannya. Pada masa ini, mangsa tinggal menumpang di rumah keluarga terdekat. PERKEMAS SABAH telah memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan wang untuk membantu meringankan beban mangsa. Sumbangan disampaikan oleh Drs Md Marsidi Katong selaku Presiden PERKEMAS SABAH. Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Timbalan Presiden 2, PERKEMAS SABAH, En. Saliman Sipulin, Ketua Penerangan,  S/U Agung, Encik Maisanudin A. Muin, Ketua Penerangan Pusat, En. Jaffrid Nassif@Kamal Ariffin dan S/U Eksekutif, Naza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan