SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Ahad, 2 Disember 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KAW. DUN. N 50 LAHAD DATU, P. 188 SILAM


Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah (Perkemas Sabah) telah mengadakan Program Ziarah Kasih ke Kg Sapagaya di Kawasan DUN  N. 50 Lahad Datu Bahagian Parlimen P. 188 Silam  yang diketuai oleh Presiden Perkemas Sabah Drs. Md Marsidi Bin Katong baru baru ini . (22 November 2012).

Program  ziarah tersebut  berlangsung  di Dewan Serbaguna Kg Sapagaya , Lahad Datu. Seramai  50 orang yang terdiri daripada Warga mas, Ibu tunggal dan Anak yatim telah menerima sumbangan berupa barang-barang makanan  asas dan wang tunai daripada Perkemas Sabah. Dalam Ucapan Drs Marsidi Bin Katong berkata Perkemas sabah adalah salah satu badan NGO  di Negeri Sabah yang membantu  Masyarakat untuk mengenalpasti permasalahan mereka dan memajukannya kepada pihak yang berkenaan. Tambahnya lagi, Perkemas sabah bukanlah satu Badan NGO yang dapat menyelesaikan masalah mereka tetapi sekadar  ingin membantu  meringankan beban mereka dengan kadar yang termampu.

Program tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Hj Datu Nasrun Hj Datu Mansor, ADUN  N 50 Lahad Datu.  Turut hadir pada Majlis tersebut  Pemimpin Kemuajuan Rakyat (UPKR) N.50, Encik Aljen Johny, Pengerusi Jawatankuasa  Perkemas Sabah Bahagian Silam, Puan Mizma Appehdullah serta  AJK Perkemas Sabah Pusat dan Perkemas Bahagian Silam.



UNTUK MENGIKUTI BERITA AKTIVITI PERKEMAS SABAH SELANJUTNYA  SILA LAWATI, perkemassabah@blogspot.com