SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Ahad, 16 September 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KAMPUNG KAMPUNG DI KAWASAN DUN TAMPARULI

Kunjungan Rombongan Perkemas Sabah ke kediaman Puan Parimah Makujil di Kg. Panjut, Tuaran.

Kelihatan Presiden Perkemas Sabah sedang menyerahkan sumbangan kepada anak Puan Parimah Makujil, Pesakit yang mengalami ketumbuhan otak di Kampung Panjut, Tuaran.

Keadaan Puan Parimah Makujil yang amat menyentuh hati para ahli rombongan Perkemas Sabah semasa menziarahi beliau di kediamannya di Kampung Panjut. Pesakit telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam otak.
Drs. Md Marsidi Katong sedang mendengar penjelasan berkenaan penyakit yang dialami oleh adik Illyas Raees Idham daripada Ibunya.

Puan Anne George sedang menerima sumbangan daripada Perkemas Sabah yang disampaikan oleh Drs. Md Marsidi Katong selaku Presiden Pertubuhan berkenaan di kampung Marabahai, Tuaran.

Rombongan Perkemas Sabah diketuai Presiden, Drs Md Marsidi Katong menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada Puan Arai Suntan di Kampung, Marabahai, Tuaran. Turut kelihatan En. Romeo Sindeh @ Raimond, Pengerusi Penyelaras Perkemas Sabah Parlimen Tuaran dan En. Michael Koh, Pengerusi JKKK Kampung.

Kelihatan Puan Sungi Madalong dari Kampung tanjung, Tuaran sedang menerima sumbangan daripada Presiden Perkemas Sabah, DRS. Md Marsidi Katong.

Presiden Perkemas Sabah, Drs. Md Marsidi Katong sedang menyerahkan barang keperluan asas kepada Puan Urugon Tuah di Kampung, Barus, Tuaran dalam Kawasan DUN Tamparuli. 
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah, Perkemas Sabah diketuai oleh Drs. Md Marsidi Katong selaku Presiden berserta rombongan telah melakukan ziarah ke Kampung-Kampung di sekitar Kawasan DUN Tamparuli.Turut bersama En. Romeo Sindeh @ Raimond mewakili YB Datuk Jahid Jahim, ADUN Tamparuli bersama En. Michael Koh, Pengerusi JKKK Kampung Marabahai, Tuaran. Semasa kunjungan berkenaan, Perkemas Sabah telah menyampaikan Sumbangan Kasih Sayang daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak berupa barangan makanan keperluan asas kepada para Warga Emas dan Pesakit di Kampung Panjut, Kampung Marabahai, Kampung Tanjung dan Kampung Barus dalam Kawasan DUN Tamparuli, Tuaran.