Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah
(Perkemas Sabah) telah mengadakan Program Ziarah Kasih ke Kg Sapagaya di
Kawasan DUN N. 50 Lahad Datu Bahagian
Parlimen P. 188 Silam yang diketuai oleh
Presiden Perkemas Sabah Drs. Md Marsidi Bin Katong baru baru ini . (22 November
2012).
Program ziarah tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna Kg Sapagaya , Lahad Datu. Seramai
50 orang yang terdiri daripada Warga
mas, Ibu tunggal dan Anak yatim telah menerima sumbangan berupa barang-barang
makanan asas dan wang tunai daripada
Perkemas Sabah. Dalam Ucapan Drs Marsidi Bin Katong berkata Perkemas sabah
adalah salah satu badan NGO di Negeri
Sabah yang membantu Masyarakat untuk
mengenalpasti permasalahan mereka dan memajukannya kepada pihak yang berkenaan.
Tambahnya lagi, Perkemas sabah bukanlah satu Badan NGO yang dapat menyelesaikan
masalah mereka tetapi sekadar ingin
membantu meringankan beban mereka dengan
kadar yang termampu.
Program tersebut dirasmikan oleh YB Datuk
Hj Datu Nasrun Hj Datu Mansor, ADUN N 50
Lahad Datu. Turut hadir pada Majlis tersebut Pemimpin Kemuajuan Rakyat (UPKR) N.50, Encik
Aljen Johny, Pengerusi Jawatankuasa
Perkemas Sabah Bahagian Silam, Puan Mizma Appehdullah serta AJK Perkemas Sabah Pusat dan Perkemas Bahagian
Silam.