Drs. Md Marsidi Bin Katong, |
PERKEMAS SABAH akan rancakkan Program Ziarah Kasihnya bermula pertengahan November ini, Demikian kata Presiden PERKEMAS SABAH, Drs Md. Marsidi Bin Katong baru baru ini. Program tersebut diadakan adalah sebagai Program susulan keatas Program-program yang terdahulu, selepas mengenalpasti berbagai permasalahan Masyarakat di Seluruh Negeri Sabah. Selain Majlis Penerangan PERKEMAS SABAH dan Sumbangan ikhlas kepada orang orang yang Miskin, PERKEMAS SABAH juga akan menubuhkan Cawangannya disetiap Kawasan DUN seterusnya mendaftarkan Ahli-ahlinya yang baharu untuk diselaraskan dalam Pangkalan Data PERKEMAS SABAH supaya segala permasalahan Ahlinya dapat direkodkan secara terperinci dan dapat diambil tindakan dengan secapat yang mungkin, demikian katanya.Tambahnya lagi, Sebagai sebuah Badan NGO yang memfokuskan terhadap kebajikan ahli-ahlinya serta Masyarakat berbagai Program telah dirancang khasnya program untuk mentransformasikan Ekonomi ahli-ahlinya.Drs Md Marsidi menyeru kepada semua AJK, Pusat, Penyelaras Kawasan Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan DUN supaya mengenalpasti kawasan-kawasan atau Kampung-kampung yang selalu dilanda bencana agar direkodkan untuk perhatian dan untuk tindakan pada masa yang akan datang.