SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Selasa, 10 Mei 2011

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KG. TALUTU, PULAU BANGGI, SABAH.

Kelihatan Drs Md. Marsidi Katong Bergambar bersama-sama  Penduduk Kg. Talutu, Banggi


Kanan: Drs Md. Marsidi Katong sedang menjelaskan sesuatu kepada Masyarakat yg Hadir,

Keadaan Jeti Nelayan yang uzur  mendapat bantuan PERKEMAS SABAH untuk diperbaiki.


Perkampungan Kg. Talutu, Pulau Banggi.




Di Jeti Karakit, Pulau Banggi sebelum berlepas ke Kg. Talutu.

Bersedia untuk berangkat ke Kg. Talutu dari Jati Karakit, Pulau Banggi.

Kelihatan: Setiausaha Agung Perkemas Sabah semasa dalam perjalanan ke Kg. Talutu.

Drs. Md Marsidi Katong, Presiden PERKEMAS SABAH, semasa dalam perjalanan Ke Kg. Talutu, Banggi.

Kiri; Encik Abidulah Amsana, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PERKEMAS SABAH, Bahagian Parlimen Kudat.

Dalam Perjalanan menaiki Feri dari Kudat Ke Pulau Banggi.
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah (PERKEMAS SABAH) telah mengunjungi Kg. Talutu, Pulau Banggi, Sabah baru baru ini. Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden PERKEMAS SABAH, Drs.Md  Marsidi Katong. Dalam Kunjungan tersebut selain mengenalpasti permasalahan Penduduk, PERKEMAS SABAH juga turut membantu untuk memperbaiki Jeti Nelayan yang sangat Uzur.

Selasa, 3 Mei 2011

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH DI KAMPUNG UMPUL, KOTA BELUD.

Keluarga Puan Boyoh

Drs. Md Marsidi Katong sedang memikirkan bentuk tindakan dan bantuan yang akan diberikan dalam  masa terdekat.


Kelihatan: Drs Md. Marsidi Katong, Presiden PERKEMAS SABAH, sedang  mengatakan sesuatu  kepada Keluarga Puan Boyoh

Melonz Yaming, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PERKEMAS SABAH, Bahagian Parlimen Kota Belud sedang mencatat, keperluan dan Identiti Puan Boyoh.


Kelihatan, Kanvas yang melindungi mereka daripada  hujan.

















KOTA BELUD, 2 Mei 2011:  Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah, Perkemas Sabah telah menziarahi Puan Boyoh Binti Siking, seorang Ibu Tunggal di Kampung Umpul, Kota Belud yang terletak dalam Kawasan DUN Usukan. Ziarah tersebut diketuai oleh Presiden PERKEMAS SABAH, Drs. Md. Marsidi Bin Katong yang turut disertai oleh beberapa orang Jawatankuasa Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PERKEMAS SABAH Bahagian Parlimen Kota Belud, Encik Melon Yaming setelah mendapat panggilan telefon dari salah seorang penduduk kampung yang memaklumkan kesempitan hidup Puan Boyoh Sekeluarga.
Dalam kunjungan berkenaan yang mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan menggunakan kenderaan dari Pekan Kota Belud, rombongan Perkemas Sabah terpaksa berjalan kaki merentasi jalan denai ke lokasi rumah berkenaan sejauh hampir 300 meter dari jalan Kampung Umpul. Menurut Puan Boyoh, yang telah kematian suami kira-kira setahun yang lalu, kesempitan hidup yang beliau terpaksa hadapi memaksa mereka sekeluarga untuk mendiami sebuah pondok usang yang tidak mempunyai bekalan kemudahan asas seperti air dan elektrik serta terpaksa menggunakan lampu pelita pada waktu malam. Untuk meneruskan hidup mereka terpaksa bergantung kepada ehsan penduduk kampung dan anak lelaki beliau yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit di Pekan Kota Belud dengan kadar pendapatan yang amat sedikit untuk menyara seramai 9 orang isi rumah termasuk seorang bayi berumur kira-kira sebulan.  Menurut Puan Boyoh lagi akibat tekanan ekonomi juga beliau tidak mampu untuk menyekolahkan seorang anak beliau yang berusia 8 tahun.
Menceritakan keperitan beliau menyara anak-anak, Puan Boyoh berkata bahawa beliau pernah mendapat bantuan bijih benih, peralatan menanam cili padi dan khidmat nasihat dari Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud untuk tujuan mengusahakan tanaman cili namun hasilnya kini semakin sedikit. Beliau juga  telah memohon bantuan kepada pihak berwajib khasnya bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Daerah dan Skim Program Bantuan Rumah (PBR). Bertindak atas maklumat yang diberikan, Pengerusi Penyelaras Perkemas Sabah Bahagian Kota Belud telah menghubungi Jabatan Kebajikan Daerah untuk mendapat penjelasan lanjut. Menurut seorang Kakitangan Jabatan Kebajikan Kota Belud, bantuan bulanan sebelum ini adalah atas nama suami penama. Walau bagaimanapun, beliau berjanji untuk meneliti permohonan beliau dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Menurut Drs Md Marsidi, bagi pihak Perkemas Sabah, beliau melahirkan rasa terkejut dan turut berkongsi rasa penderitaan dengan Puan Boyoh kerana tidak menyangka kehidupan Puan Boyoh sekeluarga yang beliau sifatkan amat daif. Berkenaan pemohonan bantuan perumahan, Perkemas Sabah akan berusaha sebaik mungkin untuk merujuk semula permohonan beliau melalui Pejabat Daerah Kota Belud. Beliau mengarahkan En. Melon Yaming selaku Pengerusi Penyelaras Perkemas Sabah Bahagian Parlimen Kota Belud untuk berurusan dengan pihak yang berwajib di samping membuat semakan semula permohonan-permohonan Puan Boyoh sebelum ini meliputi PBR, Program Ekasih, 1Azam dan lain-lain.
Pada kunjungan berkenaan juga Perkemas Sabah menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk barang-barang keperluan asas untuk keluarga Puan Boyoh dengan harapan ianya akan dapat membantu meringankan beban beliau. Perkemas Sabah juga berharap agar lebih ramai Ngo-ngo yang akan tampil untuk memberikan bantuan kepada Puan Boyoh dan insan lain yang senasib dengannya.

SUMBER : Biro Media, Perkemas Sabah.