SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Rabu, 18 Januari 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH TERHADAP MANGSA KEBAKARAN DI KG GENTISAN, SEPANGGAR, KOTA KINABALU.

Drs Md Marsidi Katong (Membelakang)  semasa memberi ucapan dan kata-kata perangsang kepada para mangsa terlibat
Drs Md Marsidi Katong menyampaikan sumbangan keperluan asas dan wang tunai kepada ketua  keluarga yg terlibat  untuk meringankan beban mereka disaksikan oleh Pengerusi JKKK Kg Gentisan (Kiri) En. Armawan Hj. Yat.
Sumbangan  kepada mangsa-mangsa terlibat..
Seorang belia yang melahirkan rasa gembira dan memohon agar Perkemas Sabah akan dapat membantu mencari peluang pekerjaan kepada para belia kampung yang menganggur.
Mangsa yang melahirkan perasaan terharu atas kehadiran rombongan Perkemas Sabah semasa menerima sumbangan.
Seorang warga emas yang turut terlibat dalam kebakaran rumah sedang menerima sumbangan.

Salah seorang mangsa yang mengakui masih trauma dengan kejadian yang menimpa.
Presiden Perkemas Sabah, Drs Md Marsidi Katong sedang menenangkan salah seorang mangsa yang terlibat.
Kelihatan Isteri Presiden Perkemas Sabah (depan) turut sama turun padang melawat mangsa-mangsa kebakaran Di Kampung Gentisan Sepanggar. Turut kelihatan Ketua Kampung (Belakang) En. Mohd Saleh Awg Jumat.
Drs  Md Marsidi Katong meninjau lokasi kebakaran bersama rombongan serta diiringi oleh Ketua Kampung, En. Mohd Saleh Awg Jumat, Pengerusi JKKK, En.Armawan Hj.Yat dan para penduduk kampung.
Keluarga Mangsa kebakaran tersentuh apabila mendengar ucapan Drs Md Marsidi Katong yang memberikan kata kata perangsang kepada mangsa-mangsa kebakaran Di Kampung Gentisan, Sepanggar..
Wakil RTM menemuramah Drs Md Marsidi Katong.
Krew RTM turut serta pada kunjungan tersebut untuk membuat liputan kejadian.
Rombongan Perkemas Sabah semasa melawat Kawasan kejadian.
Presiden Perkemas Sabah, Drs Md Marsidi Katong sedang berbincang dengan Ketua Kampung, En. Mohd Saleh Awg Jumat.
Drs Md Marsidi Katong (Kiri) mendengar penjelasan Ketua Kampung mengenai trajedi tersebut.
Rumah yang dipercayai menjadi permulaan kepada kebakaran tersebut.
Kelihatan lokasi kebakaran yang memusnahkan 5 Buah Rumah dan merosakkan 4 buah yang lain..
Keadaan keseluruhan di tempat kejadian yang perlu pembangunan semula.
Keadaan sebahagian rangka rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Gentisan Sepanggar.

Sabtu, 14 Januari 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KG SUDOT, TUARAN.

Kelihatan Drs Md Marsidi Katong dan Mangsa Kebakaran En. Mohd Farizi Manja dan En.Saliman Sipulin  dan Pengerusi JKKK Kg.Sudot, En. Siasanih Hj. Mahali sedang meninjau tapak rumah yang terbakar.

En. Siasanih Hj. Mahali sedang menceritakan kronologi kejadian kepada Drs Md Marsidi Katong dan rombongan. Turut kelihatan En.Mohd Farizi Manja (berseluar pendek putih).

Presiden PERKEMAS SABAH Drs Md Marsidi Katong sedang bertanya kepada En.Mohd Farizi Manja berkenaan punca kebakaran dan bantuan dari pihak berwajib.

14 Januari 2012. Presiden PERKEMAS SABAH, Drs Md. Marsidi Katong telah mengetuai Rombongan PERKEMAS SABAH untuk menziarahi Mangsa kebakaran rumah, En.Mohd Farizi Manja di Kg. Sudot, Tuaran. Ketibaan Rombongan PERKEMAS SABAH kira-kira jam 10 pagi telah disambut oleh En. Mohd Farizi dan En. Siasanih Bin Mahali, Pengerusi JKKK Kampung Sudot. Kebakaran yang berlaku baru-baru ini memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan. Mangsa juga gagal menyelamatkan sebarang harta benda kerana api merebak terlalu cepat yang turut memusnahkan alat dan bahan perubatan isteri mangsa. Menurut mangsa, beliau telah menemui Wakil Rakyat Kawasan berkenaan iaitu YB Datuk Mohd Hajiji Haji Mohd Noor dan Wakil Rakyat tersebut telah berjanji untuk memberikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada mangsa. PERKEMAS SABAH, berharap agar bantuan dapat disalurkan pada kadar yang segera bagi membolehkan mangsa mendirikan semula rumah kediamannya. Pada masa ini, mangsa tinggal menumpang di rumah keluarga terdekat. PERKEMAS SABAH telah memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan wang untuk membantu meringankan beban mangsa. Sumbangan disampaikan oleh Drs Md Marsidi Katong selaku Presiden PERKEMAS SABAH. Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Timbalan Presiden 2, PERKEMAS SABAH, En. Saliman Sipulin, Ketua Penerangan,  S/U Agung, Encik Maisanudin A. Muin, Ketua Penerangan Pusat, En. Jaffrid Nassif@Kamal Ariffin dan S/U Eksekutif, Naza.

ZIARAH KASIH TERHADAP MANGSA KEBAKARAN DI KG. TAMBING, BENONI, PAPAR.

Kelihatan salah seorang penduduk Kampung Tambing, Benoni menunjukkan tempat bermulanya kebakaran tersebut sambil diperhatikan oleh Presiden PERKEMAS SABAH, Drs Md Marsidi Katong.

Drs Md Marsidi Katong sedang memberikan taklimat ringkas berkenaan PERKEMAS SABAH kepada para mangsa terlibat sambil diperhatikan oleh Penolong Setiausaha Agung PERKEMAS SABAH, En. Abdul Razaq Hj.Basir (Tengah).

Kelihatan salah seorang mangsa kebakaran menceritakan detik-detik berlakunya kebakaran tersebut kepada Rombongan PREKEMAS SABAH.

Kelihatan Drs Md Marsidi Katong, Presiden PERKEMAS SABAH bersama para mangsa terlibat meninjau kawasan tapak rumah yang musnah terbakar dan Surau Kampung Tambing, Benoni.

Drs Md Marsidi Katong menyampaikan sumbangan kepada Mangsa Awang Sulaiman Awang Besar.


Kelihatan Drs Md Marsidi Katong sedang menyampaikan sumbangan sambil memberi kata-kata perangsang kepada mangsa kebakaran tersebut.

Kelihatan En.Bahar Haji Hassan (bertopi merah) sedang menerima sumbangan dari PERKEMAS SABAH yang disampaikan oleh Drs Md Marsidi Katong.

 14 Januari 2012. Perkemas Sabah menziarahi mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kampung Tambing, Benoni, Papar diketuai oleh Presiden Perkemas Sabah, Drs Md Marsidi Katong. Ketibaan Rombongan Perkemas Sabah kira-kira jam 12 tengahari itu disambut oleh Para Penduduk setempat yang turut hadir untuk membersihkan tapak rumah yang terbakar baru-baru ini. Mangsa yang terlibat ialah En. Awang Sulaiman Awang Salleh dan En. Bahar Haji Hassan. Kebakaran turut memusnahkan sebuah Surau di Kampung tersebut. Kejadian dipercayai berpunca dari litar pintas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi mangsa-mangsa yang terlibat tinggal sehelai sepinggang kerana kebakaran yang berlaku pada waktu hampir subuh itu merebak terlalu pantas menyebabkan mereka gagal menyelamatkan harta benda. Menurut mangsa, Wakil Rakyat di kawasan tersebut turut melawat mereka dan telah meluluskan pembinaan Rumah PPRT untuk mereka. Pada Lawatan berkenaan, Perkemas Sabah telah menyumbang berupa barang keperluan asas dan wang untuk meringankan beban mangsa yang terlibat. Sumbangan disampaikan oleh Drs Md Marsidi Katong selaku Presiden Perkemas Sabah. Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Setiausaha Agung, En. Maisanudin A. Muin, Penolong Setiausaha Agung, En. Abdul Razaq Hj. Basir dan Setiausaha Eksekutif, En. Naza Mangallis.

Jumaat, 13 Januari 2012

KUNJUNGAN HORMAT PERKEMAS SABAH TERHADAP TYT YANG DIPERTUA NEGERI SABAH DI ISTANA NEGERI, KOTA KINABALU, SABAH.

Drs Md. Marsidi Katong menyampaikan Surat Perlantikan sebagai Penaung Perkemas Sabah kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Tun Juhar Mahiruddin menerima Cenderahati daripada Drs Md Marsidi Katong.
Tun Juhar Mahiruddin bersalaman dgn Ahli Jawatabkuasa Perkemas Sabah drbrlu, meninggalkan Istana.
Duduk dari kiri : Drs Md Marsidi Katong (Presiden Perkemas Sabah) , Tuan Yang Terutama, Tun Juhar Mahiruddin (Yang DiPertua Negeri Sabah)  dan Yap Tang Ying.
Berdiri dari kiri : Abdul Razaq Basir, Moktin Muksin, De Tawasi (Naza), Rohana Khalid, Rojilin Kandatong, Aksyah   Nasrah, Laliman Hj.Ahmad, Shui Ping Chung, Saliman Sipulin,Jafrid Nassif,Maisanuddin Muin dan Liman Hj Yusof.
                           

Tun Juhar Mahiruddin meneliti Profail Perkemas Sabah sambil diperhatikan oleh Drs Md Marsidi Katong dan Ahli Jawatan Kuasa Pusat Perkemas Sabah.
Tun Juhar Mahiruddin dan Drs Md Marsidi Katong berbual mengenai Aktiviti Perkemas Sabah sambil di perhatikan oleh S/U Agung , Maisanuddin Muin (Kiri).

Para Ahli Jawatankuasa Pusat yg hadir pada Kunjungan tersebut.
Ahli Jawatankuasa Pusat yang turut hadir pada kunjungan tersebut.

Drs Md Marsidi Katong ditemurama oleh pihak Media di Istana, Kota Kinabalu.




Presiden PERKEMAS SABAH , Drs. Md Marsidi Bin Katong telah mengetuai delegasi PERKEMAS SABAH untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama, Tun Juhar Mahiruddin, Yang Dipertua Negeri Sabah di Istana Negeri Kota Kinabalu Pada 4 Januari 2012.

PROGRAM PENTARAMA SEMPENA KRISMAS 2011 DI KG KOPUNGIT KOTA KINABALU,

Drs Md Marsidi Bin Katong, Presiden PERKEMAS SABAH  berucap pada {rogram tersebut.


Encik Chin Tek Ming, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N.16 Luyang mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Dr Yee Moh Chai,, merasmikan Program tersebut.


Drs Md Marsidi Katong menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada salah seorang penerima.