SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Khamis, 27 Oktober 2011

DRS. MD. MARSIDI KATONG, PRESIDEN PERKEMAS SABAH BERI SUMBANGAN KEPADA 20 ORANG KETUA KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KG KUNAK JAYA, KUNAK.

Drs Md Marsidi Bin Katong, Presiden Perkemas Sabah, kelihatan sedang memberikan ucapan dan kata kata motivasi kepada mangsa yang terlibat dalam majlis tersebut, Turut kelihatan dari kiri, KK Yusuf Bin Masuari, Ketua Kampung, Kg Kunak Jaya dan Encik Mohamad Bin Sian, Pengerusi JKKK Kg Kunak Jaya. (tengah).






Sebahagian daripada 20 orang Mangsa kebakaran yang telah menrima sumbangan daripada Drs. Md Marsidi Bin Katong (Kanan)

Drs. Md. Marsidi Katong (tiga dari kiri) sedang mendengar penjelasan daripada wakil Mangsa kebakaran di Kg. Kunak Jaya , Kunak.
Kelihatan Drs. Md Marsidi Bin Katong (empat dari kanan) bergambar dilokasi Kebakaran Di Kg Kunak Jaya, Kunak.


Drs Md. Marsidi Bin Katong melihat Lokasi Kebakaran.


Presiden PERKEMAS SABAH, Drs. Md Marsidi Bin Katong, telah mengadakan lawatan mengejut ke Kg. Kunak Jaya,Kunak untuk melihat sendiri bencana kebakaran yang telah memusnahkan 20 buah rumah  baru baru ini. Menurut Drs Md Marsidi, Perkemas Sabah cuba membantu meringankan beban mereka dengan memberikan  sumbangan keperluan asas dan wang tunai. Seramai 20 Orang  Ketua Keluarga Mangsa Kebakaran yang terlibat telah hadir diMajlis Penyerahan sumbangan yang telah diadakan diKediaman  Ketua Kampung Kunak Jaya, KK Yusuf Bin Masuari. Turut hadir di Majlis tersebut ialah Pengerusi JKKK Kg Kunak Jaya, Encik  Mohamad Bin Sian.



Ahad, 9 Oktober 2011

KOPERASI PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SABAH,KOTA KINABALU, BERHAD DITUBUH.

KERATAN AKHBAR NEW SABAH TIMES 8 OKTOBER 2011
JAFRIN NASSIF



Koperasi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah Berhad telah ditubuhkan pada 4hb oktober 2011, Demikian dinyatakan oleh oleh Encik Jafrin Nasiff yg bertindak selaku Setiausaha Koperasi Pertubuhan tersebut. Pada Mesyuarat Agung Permulaan ,  mereka telah meluluskan undang-undang kecil Koperasi serta serta memilih 12 Orang Ahli lembaga Pengarah Koperasi. Menurutnya lagi, Mesyuarat Agung Permulaan tersebut telah dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi malaysia Cawangan Sabah, Puan Sairah Basrin, Beliau juga telah memberikan beberapa penerangan mengenai Pengurusan Koperasi serta peraturan Koperasi yang sepatutnya dipatuhi.

Sebanyak 12 orang  Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi itu telah diplih , antaranya ialah Presiden Perkemas Sabah , Drs marsidi Katong, En. Laliman Ahmad, Norsima Simon, Puan Rojilin Kandatong, Peter Chin, Saliman Sipulin, Romeo Sindeh,Matlin Hj Sitam,Shui Pin Chung,, Benny Chua, Jafrin Nassif dan Aksyah Nasrah.

Untuk menentukan Pengerusi Koperasi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah, Ahli Lembaga yg terpilih akan mengadakan Mesyuarat Lembaga dalam masa yg tertdekat..

Ahad, 2 Oktober 2011

MESYUARAT AGUNG KOPERASI PERKEMAS SABAH DIADAKAN.

Maisanudin Muin
Koperasi Perkemas Sabah akan mengadakan Mesyuarat Agungnya yang pertama pada 4hb Oktober 2011, Bermula jam 9:00 Pagi, Bertempat di Hotel Ujana Tang Dysnasty, Kota Kinabalu. Demikian menurut Setiausaha Agung PERKEMAS SABAH, Encik Maisanudin Muin baru baru ini. Tambahnya lagi mesyuarat Agung ini akan turut dihadiri oleh Pegawai daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah. Munurut Maisanudin lagi, Koperasi ini diwujudkan adalah sebagai  satu mekanisma PERKEMAS SABAH untuk memberi peluang kepada Ahli-ahlinya supaya dapat melibatkan diri serta mentransformasikan ekonomi mereka yang diperuntukan dalam undang kecil Suruhanjaya Koperasi Malaysia.Antara Agenda Mesyuarat Agung tersebut adalah untuk membentuk Susunan Ahli Lembaga Pengarah koperasi dan meluluskan beberapa artikel undang-undang kecil yang perlu dibahas."Harapan kita, semoga dengan tertubuhnya  lagi satu Organisasi ini, semoga semua Ahli Lembaga Pengarah yang terpilih dapatlah memikul tanggujwb yang telah diamanahkan kepada mereka untuk menuju ke destinasi yang lebih mencabar demi kemajuan bersama" Demikian katanya.