SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Ahad, 2 Disember 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KAW. DUN. N 50 LAHAD DATU, P. 188 SILAM


Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah (Perkemas Sabah) telah mengadakan Program Ziarah Kasih ke Kg Sapagaya di Kawasan DUN  N. 50 Lahad Datu Bahagian Parlimen P. 188 Silam  yang diketuai oleh Presiden Perkemas Sabah Drs. Md Marsidi Bin Katong baru baru ini . (22 November 2012).

Program  ziarah tersebut  berlangsung  di Dewan Serbaguna Kg Sapagaya , Lahad Datu. Seramai  50 orang yang terdiri daripada Warga mas, Ibu tunggal dan Anak yatim telah menerima sumbangan berupa barang-barang makanan  asas dan wang tunai daripada Perkemas Sabah. Dalam Ucapan Drs Marsidi Bin Katong berkata Perkemas sabah adalah salah satu badan NGO  di Negeri Sabah yang membantu  Masyarakat untuk mengenalpasti permasalahan mereka dan memajukannya kepada pihak yang berkenaan. Tambahnya lagi, Perkemas sabah bukanlah satu Badan NGO yang dapat menyelesaikan masalah mereka tetapi sekadar  ingin membantu  meringankan beban mereka dengan kadar yang termampu.

Program tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Hj Datu Nasrun Hj Datu Mansor, ADUN  N 50 Lahad Datu.  Turut hadir pada Majlis tersebut  Pemimpin Kemuajuan Rakyat (UPKR) N.50, Encik Aljen Johny, Pengerusi Jawatankuasa  Perkemas Sabah Bahagian Silam, Puan Mizma Appehdullah serta  AJK Perkemas Sabah Pusat dan Perkemas Bahagian Silam.



UNTUK MENGIKUTI BERITA AKTIVITI PERKEMAS SABAH SELANJUTNYA  SILA LAWATI, perkemassabah@blogspot.com

Selasa, 20 November 2012

ZIARAH KASIH KE MUKIM GANA, KOTA MARUDU, SABAH.


 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SABAH (PERKEMAS SABAH) TELAH MENGADAKAN ZIARAH KASIH PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SABAH (PERKEMAS SABAH) KE MUKIM GANA DENGAN KERJASAMA KELAB PACUAN EMPAT RODA DAN REKREASI TELUK BANDAU (BBRC) , KOTA MARUDU, BARU BARU INI (17 NOVEMBER 2012). SEBANYAK EMPAT  BUAH KAMPUNG DIDALAM MUKIM GANA TELAH DIKUNJUNGI. TUJUAN ZIARAH TERSEBUT DIADAKAN  ADALAH UNTUK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA OKU, WARGA MAS DAN ORANG ORANG MISKIN SEPERTI KERUSI RODA DAN BARANG-BARANG KEPERLUAN ASAS SEPERTI MAKANAN,SERAMAI 50 ORANG YANG TERLIBAT UNTUK  DIBERIKAN BANTUAN OLEH PERKEMAS SABAH DALAM PROGRAM ZIARAH KASIH PADA KALI INI.  SELAIN SUMBANGAN TUJUAN UTAMA ZIARAH KASIH TERSEBUT DIADAKAN ADALAH UNTUK MENGERATKAN LAGI IKATAN SILATURAHIM DIKALANGAN MAYSYARAKAT SETEMPAT DAN INGIN MELIHAT SENDIRI PERMASALAHAN YANG MEREKA HADAPI.

ROMBONGAN PERKEMAS SABAH DIKETUAI OLEH ENCIK SALIMAN SIPULIN TIMBALAN PRESIDEN PERKEMAS SABAH YANG MEWAKILI PRESIDEN PERKEMAS SABAH, DRS MD MARSIDI KATONG , AHLI JAWATANKUASA BBRC YANG DIKETUAI OLEJ ENCIK REGGY WALTER. TURUT SERTA DALAM ROMBONGAN TERSEBUT IALAH PUAN LUVITA KOISUN, PEGAWAI DAERAH KOTA MARUDU YANG MEWAKILI  YB PUAN ANITA BARANTING, ADUN N.5 TANDEK.


ENCIK SALIMAN SIPULIN MENYAMPAIKAN BANTUAN KE[ADA IBUBAPA YANG MEWAKILI ANAK OKU MEREKA,(KANAN) PUAN LUVITA KOISUN, PEGAWAI DAERAH KOTA MARUDU.
SEORANG PENDUDUK  DI KG PISOL YANG MENERIMA BANTUAN DARIPADA PUAN LUVITA KOISUN, PEGAWAI DAERAH KOTA MARUDU.
GAMBAR BERAMAI-RAMAI  PENDUDUK KG  PISO  SELEPAS MENERIMA SUMBANGAN.
PENDUDUK KG GANA YANG MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA PUAN LUVITA KOISUN, PEGAWAI DAERAH KOTA MARUDU YANG MEWAKILI YB PUAN ANITA BARANTING ADUN N. 5 TANDEK.
KEADAAN JALANRAYA YANG MENUJU KG GANA.
JALANRAYA KE  KG  GANA  YANG DILALUI ROMBONGAN ,YANG  KINI SEDANG DALAM PELAKSANAAN
GAMBAR BERAMAI-RAMAI ROMBONGAN ..

Isnin, 12 November 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH TERHADAP PUAN HAJAH BATAN BINTI BASANI DI KG KUNAK TIGA, KAWASAN DUN. N 51 KUNAK, P 188 SILAM.

KELIHATAN DRS MD MARSIDI BIN KATONG (KANAN) MENYAMPAIKAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA PUAN HAJAH BATAN BINTI BASANI.

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH PERINGKAT DUN. N. 50 LAHAD DATU, KAWASAN PARLIMEN P. 188 SILAM.

KELIHATAN PARA AHLI  JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH PERINGKAT  DUN. N. 50 LAHAD DATU SEDANG BERMESYUARAT.




Perkemas Sabah telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Ziarah Kasih Perkemas Sabah Peringkat DUN. N.50 Lahad Datu , Jam 10 pagi  pada 11 November 2012, bertempat di (Jungle Park). Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N. 50 Lahad Datu yang diwakili oleh Pemimpin Kemajuan Rakya N. 50 Lahad Datu, Encik Aljen Johnny serta ahli Jawatankuasa Penyalaras Perkemas Sabah Kawasan Parlimen Silam, yang diketuai oleh Puan Mizmah Appehdullah. Pada ketetapan yang diputuskan, Program tersebut akan diadakan pada 22 November 2012 bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Sapagaya, Lahad Datu,Pengisian Program adalah memberikan Bantuan keperluan asas kepada, Anak-anak  Yatim, Ibutunggal serta warga mas.Program tersebut dijangka dirasmikan oleh ADUN. N.50 Lahad Datu, YB Datuk Haji Datu Nasrun Datu Mansor.

Ahad, 16 September 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KAMPUNG KAMPUNG DI KAWASAN DUN TAMPARULI

Kunjungan Rombongan Perkemas Sabah ke kediaman Puan Parimah Makujil di Kg. Panjut, Tuaran.

Kelihatan Presiden Perkemas Sabah sedang menyerahkan sumbangan kepada anak Puan Parimah Makujil, Pesakit yang mengalami ketumbuhan otak di Kampung Panjut, Tuaran.

Keadaan Puan Parimah Makujil yang amat menyentuh hati para ahli rombongan Perkemas Sabah semasa menziarahi beliau di kediamannya di Kampung Panjut. Pesakit telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam otak.
Drs. Md Marsidi Katong sedang mendengar penjelasan berkenaan penyakit yang dialami oleh adik Illyas Raees Idham daripada Ibunya.

Puan Anne George sedang menerima sumbangan daripada Perkemas Sabah yang disampaikan oleh Drs. Md Marsidi Katong selaku Presiden Pertubuhan berkenaan di kampung Marabahai, Tuaran.

Rombongan Perkemas Sabah diketuai Presiden, Drs Md Marsidi Katong menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada Puan Arai Suntan di Kampung, Marabahai, Tuaran. Turut kelihatan En. Romeo Sindeh @ Raimond, Pengerusi Penyelaras Perkemas Sabah Parlimen Tuaran dan En. Michael Koh, Pengerusi JKKK Kampung.

Kelihatan Puan Sungi Madalong dari Kampung tanjung, Tuaran sedang menerima sumbangan daripada Presiden Perkemas Sabah, DRS. Md Marsidi Katong.

Presiden Perkemas Sabah, Drs. Md Marsidi Katong sedang menyerahkan barang keperluan asas kepada Puan Urugon Tuah di Kampung, Barus, Tuaran dalam Kawasan DUN Tamparuli. 
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah, Perkemas Sabah diketuai oleh Drs. Md Marsidi Katong selaku Presiden berserta rombongan telah melakukan ziarah ke Kampung-Kampung di sekitar Kawasan DUN Tamparuli.Turut bersama En. Romeo Sindeh @ Raimond mewakili YB Datuk Jahid Jahim, ADUN Tamparuli bersama En. Michael Koh, Pengerusi JKKK Kampung Marabahai, Tuaran. Semasa kunjungan berkenaan, Perkemas Sabah telah menyampaikan Sumbangan Kasih Sayang daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak berupa barangan makanan keperluan asas kepada para Warga Emas dan Pesakit di Kampung Panjut, Kampung Marabahai, Kampung Tanjung dan Kampung Barus dalam Kawasan DUN Tamparuli, Tuaran.

Selasa, 14 Ogos 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID KG. LUBAK BEAUFORT

Masjid Kg. Lubak, Beaufort.
Drs Md. Marsidi Katong (Kanan) menyambut ketibaan YB Datuk Hajah Azizah Mohd. Dun. (Dua dari Kiri)
Sebahagian daripada sumbangan yang akan diberikan kepada penerima.
Para jemputan khas. Kelihatan Drs. Md Marsidi Katong (Kiri) dan YB Datuk  Hajah Azizah Mohd Dun (tiga dari kanan)
Orang ramai hadir pada majlis tersebut
Gambar sebahagian daripada hadirin.
Ucapan  alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kg Lubak, Beaufort.
Ucapan Presiden Perkemas Sabah, Drs Md. Marsidi Katong.
YB Datuk Hajah Azizah Mohd. Dun berucap di Majlis tersebut.
Drs Md Marsidi Katong mengedarkan kalendar 1 Malaysia kepada para hadirin
Para hadiri melihat kalendar 1 Malaysia.
Menikmati hidangan hidangan berbuka puasa.
YB Datuk Hajah Azizah Mohd Dun menyampaikan sumbangan kepada penerima sambil diperhatikan oleh Drs Marsidi sebelah beliau
Drs Md Marsidi Katong menyampaikan cederahati kepada YB Datuk Hajah Azizah Mohd. Dun
Pada 13 Ogos 2012, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah (Perkemas Sabah) bekerjasama dengan Pusat Khidmat ADUN Klias, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N. 25 Klias dan Jawatankuasa Masjid Kg Lubak Beaufort mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Datuk Hajah Azizah Mohd. Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah merangkap ADUN N.25 Klias.Majlis berbuka puasa diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim dikalangan masyarakat setempat bersesuaian dengan tema Majlis tersebut "PERPADUAN UMMAH KITA MANTAPKAN". Pada majlis tersebut Perkemas Sabah telah memberikan sumbangan kepada 57 orang yang terdiri daripada warga emas, Ibu tunggal dan OKU. Seramai lebih kurang 300 orang yang hadir pada majlis tersebut.

Isnin, 30 Julai 2012

PERKEMAS SABAH ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DI RESTORAN SINGGAHSANA, HARBOUR CITY, SEMBULAN KOTA KINABALU

KELIHATAN DRS MD MARSIDI KATONG (DUA DARI KANAN) DAN ISTERI SIBUK MELAYAN ANAK ANAK YATIM.





SEBAHAGIAN DARIPADA ANAK-ANAK YATIM YANG HADIR.

ORANG RAMAI YANG TURUT HADIR DI MAJLIS TERSEBUT.