SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.

Ahad, 18 Mac 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE TAMAN FOH SANG LUYANG, KOTA KINABALU

Drs Md Marsidi Katong, Presiden Perkemas Sabah (kiri) menyampaikan sumbangan Kerusi Roda kepada Puan Chin Chun Lee (Duduk tengah). Turut Hadir, En. Chin Tek Ming, Pemimpin Kemajuan Rakyat, N. 16 Luyang, Kota Kinabalu, (Kanan) Kapitan Taman Foh Sang, Kapitan Chan (Dua dari kanan).
Gambar Atas: 
Ziarah Kasih Perkemas Sabah terhadap Puan Wong Nyuk Foon di Lorong Mawas 10, Taman Foh Sang, Luyang. Puan Wong (Ibu Tunggal ) berumur 78 Tahun, Mempunyai 2 orang Anak, Anak lelaki yg berumur 50 Tahun (Syndromedown) dan seorang anak perempuan berumur 48 tahun (Pekak dan Bisu). Kelihatan dua dari kiri , Drs Md Marsdi katong, Presiden Perkemas Sabah, sedang menyampaikan bantuan kepada Puan Wong. Turut Hadir, Kapitan Taman Foh Sang,Kapitan Chan (kiri) dan Encik Chin tek Ming, Pemimpin Kemajuan Rakyat N.16 luyang. (3 dari kiri)

Sabtu, 17 Mac 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH TERHADAP MANGSA KEBAKARAN DI KG KITOBU, INANAM, KOTA KINABALU

Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah, Perkemas Sabah, diketuai Presiden, Drs Md Marsidi Katong, Timbalan Presiden 2, Saliman Sipulin, Naib Presiden 5, Rojilin Kandatong, Maisanudin Atal, Mohamad Abidin Hj.Kapintalan, Naza Mangalis dan Laliman Hj.Ahmad (Pengerusi Penyelaras Parlimen Sepanggar) telah mengadakan Program Ziarah Kasih kepada Mangsa-Mangsa kebakaran di Kampung Kitobu, Inanam dalam kawasan Parlimen Sepanggar. Seramai 21 buah keluarga terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan rumah kediaman mereka. Kejadian kira-kira jam 8 malam itu memusnahkan keseluruhan strukutur rumah menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang. Pada kunjungan berkenaan, Perkemas Sabah telah menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terlibat bagi meringankan beban mereka. Drs. Md Marsidi Katong, dalam ucapannya meminta para mangsa terlibat agar tabah menjalani dugaan yang menimpa mereka. Program berkenaan turut dihadiri KK Jenius Kukun, Ketua Kampung, Kg.Kitobu, Inanam, En. Richard Lee (Jiran Setempat mangsa kebakaran) dan Keluarga mangsa yang lain.

Tambah kapsyen







































Rabu, 18 Januari 2012

ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH TERHADAP MANGSA KEBAKARAN DI KG GENTISAN, SEPANGGAR, KOTA KINABALU.

Drs Md Marsidi Katong (Membelakang)  semasa memberi ucapan dan kata-kata perangsang kepada para mangsa terlibat
Drs Md Marsidi Katong menyampaikan sumbangan keperluan asas dan wang tunai kepada ketua  keluarga yg terlibat  untuk meringankan beban mereka disaksikan oleh Pengerusi JKKK Kg Gentisan (Kiri) En. Armawan Hj. Yat.
Sumbangan  kepada mangsa-mangsa terlibat..
Seorang belia yang melahirkan rasa gembira dan memohon agar Perkemas Sabah akan dapat membantu mencari peluang pekerjaan kepada para belia kampung yang menganggur.
Mangsa yang melahirkan perasaan terharu atas kehadiran rombongan Perkemas Sabah semasa menerima sumbangan.
Seorang warga emas yang turut terlibat dalam kebakaran rumah sedang menerima sumbangan.

Salah seorang mangsa yang mengakui masih trauma dengan kejadian yang menimpa.
Presiden Perkemas Sabah, Drs Md Marsidi Katong sedang menenangkan salah seorang mangsa yang terlibat.
Kelihatan Isteri Presiden Perkemas Sabah (depan) turut sama turun padang melawat mangsa-mangsa kebakaran Di Kampung Gentisan Sepanggar. Turut kelihatan Ketua Kampung (Belakang) En. Mohd Saleh Awg Jumat.
Drs  Md Marsidi Katong meninjau lokasi kebakaran bersama rombongan serta diiringi oleh Ketua Kampung, En. Mohd Saleh Awg Jumat, Pengerusi JKKK, En.Armawan Hj.Yat dan para penduduk kampung.
Keluarga Mangsa kebakaran tersentuh apabila mendengar ucapan Drs Md Marsidi Katong yang memberikan kata kata perangsang kepada mangsa-mangsa kebakaran Di Kampung Gentisan, Sepanggar..
Wakil RTM menemuramah Drs Md Marsidi Katong.
Krew RTM turut serta pada kunjungan tersebut untuk membuat liputan kejadian.
Rombongan Perkemas Sabah semasa melawat Kawasan kejadian.
Presiden Perkemas Sabah, Drs Md Marsidi Katong sedang berbincang dengan Ketua Kampung, En. Mohd Saleh Awg Jumat.
Drs Md Marsidi Katong (Kiri) mendengar penjelasan Ketua Kampung mengenai trajedi tersebut.
Rumah yang dipercayai menjadi permulaan kepada kebakaran tersebut.
Kelihatan lokasi kebakaran yang memusnahkan 5 Buah Rumah dan merosakkan 4 buah yang lain..
Keadaan keseluruhan di tempat kejadian yang perlu pembangunan semula.
Keadaan sebahagian rangka rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Gentisan Sepanggar.