| Tambah kapsyen |
Blog ini dicipta khas untuk memberi maklumat pembangunan,Hiburan tempatan, pandangan, luahan dan sebagainya serta merumuskan permasalahan yang dihadapi oleh Masyarakat Sabah
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG INI
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.
Anda adalah dialu-alukan untuk memberikan beberapa komen yang membina demi kebaikan kita bersama.
Sabtu, 17 Mac 2012
ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH TERHADAP MANGSA KEBAKARAN DI KG KITOBU, INANAM, KOTA KINABALU
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sabah, Perkemas Sabah, diketuai Presiden, Drs Md Marsidi Katong, Timbalan Presiden 2, Saliman Sipulin, Naib Presiden 5, Rojilin Kandatong, Maisanudin Atal, Mohamad Abidin Hj.Kapintalan, Naza Mangalis dan Laliman Hj.Ahmad (Pengerusi Penyelaras Parlimen Sepanggar) telah mengadakan Program Ziarah Kasih kepada Mangsa-Mangsa kebakaran di Kampung Kitobu, Inanam dalam kawasan Parlimen Sepanggar. Seramai 21 buah keluarga terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan rumah kediaman mereka. Kejadian kira-kira jam 8 malam itu memusnahkan keseluruhan strukutur rumah menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang. Pada kunjungan berkenaan, Perkemas Sabah telah menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terlibat bagi meringankan beban mereka. Drs. Md Marsidi Katong, dalam ucapannya meminta para mangsa terlibat agar tabah menjalani dugaan yang menimpa mereka. Program berkenaan turut dihadiri KK Jenius Kukun, Ketua Kampung, Kg.Kitobu, Inanam, En. Richard Lee (Jiran Setempat mangsa kebakaran) dan Keluarga mangsa yang lain.
Rabu, 18 Januari 2012
ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH TERHADAP MANGSA KEBAKARAN DI KG GENTISAN, SEPANGGAR, KOTA KINABALU.
| Drs Md Marsidi Katong (Membelakang) semasa memberi ucapan dan kata-kata perangsang kepada para mangsa terlibat |
| Sumbangan kepada mangsa-mangsa terlibat.. |
| Seorang belia yang melahirkan rasa gembira dan memohon agar Perkemas Sabah akan dapat membantu mencari peluang pekerjaan kepada para belia kampung yang menganggur. |
| Mangsa yang melahirkan perasaan terharu atas kehadiran rombongan Perkemas Sabah semasa menerima sumbangan. |
| Seorang warga emas yang turut terlibat dalam kebakaran rumah sedang menerima sumbangan. |
| Salah seorang mangsa yang mengakui masih trauma dengan kejadian yang menimpa. |
| Presiden Perkemas Sabah, Drs Md Marsidi Katong sedang menenangkan salah seorang mangsa yang terlibat. |
| Drs Md Marsidi Katong meninjau lokasi kebakaran bersama rombongan serta diiringi oleh Ketua Kampung, En. Mohd Saleh Awg Jumat, Pengerusi JKKK, En.Armawan Hj.Yat dan para penduduk kampung. |
| Keluarga Mangsa kebakaran tersentuh apabila mendengar ucapan Drs Md Marsidi Katong yang memberikan kata kata perangsang kepada mangsa-mangsa kebakaran Di Kampung Gentisan, Sepanggar.. |
| Wakil RTM menemuramah Drs Md Marsidi Katong. |
| Krew RTM turut serta pada kunjungan tersebut untuk membuat liputan kejadian. |
| Rombongan Perkemas Sabah semasa melawat Kawasan kejadian. |
| Presiden Perkemas Sabah, Drs Md Marsidi Katong sedang berbincang dengan Ketua Kampung, En. Mohd Saleh Awg Jumat. |
| Drs Md Marsidi Katong (Kiri) mendengar penjelasan Ketua Kampung mengenai trajedi tersebut. |
| Rumah yang dipercayai menjadi permulaan kepada kebakaran tersebut. |
| Kelihatan lokasi kebakaran yang memusnahkan 5 Buah Rumah dan merosakkan 4 buah yang lain.. |
| Keadaan keseluruhan di tempat kejadian yang perlu pembangunan semula. |
Sabtu, 14 Januari 2012
ZIARAH KASIH PERKEMAS SABAH KE KG SUDOT, TUARAN.
| Kelihatan Drs Md Marsidi Katong dan Mangsa Kebakaran En. Mohd Farizi Manja dan En.Saliman Sipulin dan Pengerusi JKKK Kg.Sudot, En. Siasanih Hj. Mahali sedang meninjau tapak rumah yang terbakar. |
| En. Siasanih Hj. Mahali sedang menceritakan kronologi kejadian kepada Drs Md Marsidi Katong dan rombongan. Turut kelihatan En.Mohd Farizi Manja (berseluar pendek putih). |
| Presiden PERKEMAS SABAH Drs Md Marsidi Katong sedang bertanya kepada En.Mohd Farizi Manja berkenaan punca kebakaran dan bantuan dari pihak berwajib. |
14 Januari 2012. Presiden PERKEMAS SABAH, Drs Md. Marsidi Katong telah mengetuai Rombongan PERKEMAS SABAH untuk menziarahi Mangsa kebakaran rumah, En.Mohd Farizi Manja di Kg. Sudot, Tuaran. Ketibaan Rombongan PERKEMAS SABAH kira-kira jam 10 pagi telah disambut oleh En. Mohd Farizi dan En. Siasanih Bin Mahali, Pengerusi JKKK Kampung Sudot. Kebakaran yang berlaku baru-baru ini memusnahkan keseluruhan rumah berkenaan. Mangsa juga gagal menyelamatkan sebarang harta benda kerana api merebak terlalu cepat yang turut memusnahkan alat dan bahan perubatan isteri mangsa. Menurut mangsa, beliau telah menemui Wakil Rakyat Kawasan berkenaan iaitu YB Datuk Mohd Hajiji Haji Mohd Noor dan Wakil Rakyat tersebut telah berjanji untuk memberikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada mangsa. PERKEMAS SABAH, berharap agar bantuan dapat disalurkan pada kadar yang segera bagi membolehkan mangsa mendirikan semula rumah kediamannya. Pada masa ini, mangsa tinggal menumpang di rumah keluarga terdekat. PERKEMAS SABAH telah memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan wang untuk membantu meringankan beban mangsa. Sumbangan disampaikan oleh Drs Md Marsidi Katong selaku Presiden PERKEMAS SABAH. Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Timbalan Presiden 2, PERKEMAS SABAH, En. Saliman Sipulin, Ketua Penerangan, S/U Agung, Encik Maisanudin A. Muin, Ketua Penerangan Pusat, En. Jaffrid Nassif@Kamal Ariffin dan S/U Eksekutif, Naza.
ZIARAH KASIH TERHADAP MANGSA KEBAKARAN DI KG. TAMBING, BENONI, PAPAR.
| Kelihatan salah seorang penduduk Kampung Tambing, Benoni menunjukkan tempat bermulanya kebakaran tersebut sambil diperhatikan oleh Presiden PERKEMAS SABAH, Drs Md Marsidi Katong. |
| Kelihatan salah seorang mangsa kebakaran menceritakan detik-detik berlakunya kebakaran tersebut kepada Rombongan PREKEMAS SABAH. |
| Kelihatan Drs Md Marsidi Katong, Presiden PERKEMAS SABAH bersama para mangsa terlibat meninjau kawasan tapak rumah yang musnah terbakar dan Surau Kampung Tambing, Benoni. |
| Drs Md Marsidi Katong menyampaikan sumbangan kepada Mangsa Awang Sulaiman Awang Besar. |
| Kelihatan Drs Md Marsidi Katong sedang menyampaikan sumbangan sambil memberi kata-kata perangsang kepada mangsa kebakaran tersebut. |
| Kelihatan En.Bahar Haji Hassan (bertopi merah) sedang menerima sumbangan dari PERKEMAS SABAH yang disampaikan oleh Drs Md Marsidi Katong. |
14 Januari 2012. Perkemas Sabah menziarahi mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kampung Tambing, Benoni, Papar diketuai oleh Presiden Perkemas Sabah, Drs Md Marsidi Katong. Ketibaan Rombongan Perkemas Sabah kira-kira jam 12 tengahari itu disambut oleh Para Penduduk setempat yang turut hadir untuk membersihkan tapak rumah yang terbakar baru-baru ini. Mangsa yang terlibat ialah En. Awang Sulaiman Awang Salleh dan En. Bahar Haji Hassan. Kebakaran turut memusnahkan sebuah Surau di Kampung tersebut. Kejadian dipercayai berpunca dari litar pintas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi mangsa-mangsa yang terlibat tinggal sehelai sepinggang kerana kebakaran yang berlaku pada waktu hampir subuh itu merebak terlalu pantas menyebabkan mereka gagal menyelamatkan harta benda. Menurut mangsa, Wakil Rakyat di kawasan tersebut turut melawat mereka dan telah meluluskan pembinaan Rumah PPRT untuk mereka. Pada Lawatan berkenaan, Perkemas Sabah telah menyumbang berupa barang keperluan asas dan wang untuk meringankan beban mangsa yang terlibat. Sumbangan disampaikan oleh Drs Md Marsidi Katong selaku Presiden Perkemas Sabah. Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Setiausaha Agung, En. Maisanudin A. Muin, Penolong Setiausaha Agung, En. Abdul Razaq Hj. Basir dan Setiausaha Eksekutif, En. Naza Mangallis.
Jumaat, 13 Januari 2012
KUNJUNGAN HORMAT PERKEMAS SABAH TERHADAP TYT YANG DIPERTUA NEGERI SABAH DI ISTANA NEGERI, KOTA KINABALU, SABAH.
|
|
| Drs Md. Marsidi Katong menyampaikan Surat Perlantikan sebagai Penaung Perkemas Sabah kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. |
| Tun Juhar Mahiruddin menerima Cenderahati daripada Drs Md Marsidi Katong. |
| Tun Juhar Mahiruddin bersalaman dgn Ahli Jawatabkuasa Perkemas Sabah drbrlu, meninggalkan Istana. |
| Tun Juhar Mahiruddin meneliti Profail Perkemas Sabah sambil diperhatikan oleh Drs Md Marsidi Katong dan Ahli Jawatan Kuasa Pusat Perkemas Sabah. |
| Tun Juhar Mahiruddin dan Drs Md Marsidi Katong berbual mengenai Aktiviti Perkemas Sabah sambil di perhatikan oleh S/U Agung , Maisanuddin Muin (Kiri). |
| Para Ahli Jawatankuasa Pusat yg hadir pada Kunjungan tersebut. |
| Ahli Jawatankuasa Pusat yang turut hadir pada kunjungan tersebut. |
| Drs Md Marsidi Katong ditemurama oleh pihak Media di Istana, Kota Kinabalu. |
Langgan:
Catatan (Atom)